MERDEKA as u are....

Dato' onn dilahirkan sebagai pencetus idea perjuangan yang intelektual,memperjuangkan hak kemerdekaan yang dahulunya kabur untuk mengetahui apa itu merdeka,Tunku abdul rahman ditakdirkan sebagai pejuang untuk merealisasikan merdeka yang selama itu hanya mimpi indah datok nenek moyang kita. KINI tahun 2009 dan sudah 52 tahun kita rakyat malaysia mengecapi merdeka yang pada erti sebenarnya kita dibebaskan dari penjajahan penjajah yang bertahun-tahun lamanya, Memang semestinya berbagai ranjau dan dugaan serta kesusahan yang pasti ada pada mereka ketika itu untuk memerdekakan tanah melayu,bayangkan.. kita memang tidak merasakan apa yang tersurat ketika itu tetapi apa yang tersirat pasti dapat kita rasakan jika kita berada dizaman itu, memang kita xkan nampak dan rasa sebab itu setelah 52 tahun kita semakin lupa dan tidak menghargai perjuangan mereka, . Apa itu erti merdeka pada tahun 2009 ini? merdeka ini bukanla beerti kita mengangkat senjata, bukanlah kita melaung merdeka di puncak KLCC, tetapi biarlah ia dilakukan dengan sendiri, ia sangat kompleks untuk menghayati kemerdekaan yang dicintai. Apa itu merdeka? merdeka kepada kedaulatan? atau merdeka dari pemikiran? lagi banyak persoalan lagilah banyak pertikaian. sampai bila nak abis? sampai bila mahu jadi ahli politik, patriotisme, idealis atau aktivis yang hanya cuba menderhakakan kemerdekaan dan sebenarnya cetik kepada pemikiran? berapa banyak lagi alasan yang perlu di perjuangkan? untuk apa? hura-hara? kacau bilau?. Apa lagi rahsia yang mahu dibangkitkan? apa lagi isu yang ingin diketengahkan? padahal sebenarnya adalah kepentingan masing-masing? untuk mencari keadilan? keadilan bagi menghuru-harakan bangsa ? MERDEKA apa kah ini? pasif, sexist, racist, atau berbagai cist2 dan sm2..dilaungkan2 dan kononnye melabelkan diri sebagai idealis atau aktivis, tetapi pernahkah kita lari dari apa yang kita menidakkan? tidaklah manusia itu layak untuk menilaikan sesuatu melainkan hanya mencari sesuatu yang tidak tahu dimana penghujungnya.dimana apapun yang kita cari, itu semuanya hanya sementara.. merdekakanlah diri kita dari dibelenggu dengan kepentingan sendiri untuk kepentingan semua..itulah merdeka yang harus kita fikirkan ...sokonglah perjuangan dan bukan siapa pemimpinya dan kelemahanya kerna kita juga ada kelemahan
